Tips Kimia SPM (A GUIDELINE)

Bab-bab asas ni kena master dulu, kalau dah master empat ni, lulus dah dalam tangan:
1. Jirim dan struktur atom
2. Mol, formula dan persamaan kimia
3. Jadual berkala unsur
4. Ikatan kimia

Next bab, ni nak backup sebab selalu keluar esei:
5. Kadar tindak balas

Okay next, bab ni perlukan banyak sikit la menghafal, dia susah sikit tapi lagi senang daripada bab menghafal yang lain:
6. Asid, bes dan garam

Tapi kalau dah master tu, bab next ni senang skor, kena kira-kira je~ (sampai sini kalau dah master konfem C atau ke atas dalam genggaman):
7. Termokimia

Kalau nak skor bab termokimia tu sepenuhnya kena hadam bab ni, menghafal jugak, dia susahnya menghafal la tapi sebenarnya bab ni senang kalau awak tau mana satu je kena hafal sebenarnya:
8. Sebatian karbon

Ok ni bab last yang awak kena belajar, konsep dia susah sikit, tapi advantage dia, jawapan awak time exam nanti singkat-singkat je berbanding yang bab lain:
9. Keseimbangan redoks

ATAU,
Sebelum awak belajar redoks, awak belajar bab-bab ni dulu kalau awak rasa redoks tu mencabar sikit, ni semua bab menghafal:
10. Polimer (ni bab paling simple nak hafal)
11. Bahan buatan dalam industri
12. Kimia konsumer dan industri
Dapatkan buku teks kimia tingkatan empat versi DLP



Comments